Tuesday 21 April 2015

PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN
1) NANING (1831-1833) – PenghuluDol Said
  • Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831-1833.
  • Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan takluknya.
  • Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.
  • Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831.
  • Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said dengan bantuan ketenteraan daripada : 
  1. Yam Tuan Ali (Rembau)
  2. Syed Shaban (Penghulu Remai dan Rechat)
  3. Dato’ Kelana Sungai Ujong
  4. Penghulu Gemencheh
  5. Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning.
  6. British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning pada akhir tahun 1832.
  7. Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan mereka kalah di tangan pasukan British.
  8. Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia telah dibawa ke Melaka.
2) Sarawak – Linggir, RentapdanSyarifMasahor
  • Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning.
  • Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak telah berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan banyak bantahan daripada pemimpin tempatan.
  • Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.
  • Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-pemimpin seperti Rentap, Rentap dan Syarif Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama.
A)LINGGIR (1849)
  • Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas yang menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
  • Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
  • Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak berjaya dalam pertempuran tersebut.
B) RENTAP (Nama sebenar Libau dan bergelar Raja Darat dan Raja Ulu)
  • Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana tindakan James Brooke yang menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun.
  • Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang untuk menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
  • Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.
  • Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.
  • Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1861.
  • Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
 C) SYARIF MASAHOR (1857)
  • Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh orang Iban dan Melanau.
  • Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di Sungai Rajang iaitu wilayah mereka pada tahun 1857.
  • Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
  • James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 1858 yang kemudiannya telah diserang oleh Syarif Masahor.
  • Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah menyerang James Brooke di Kuching namun tentangan mereka gagal.
  • Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian diserahkan kepada British di Singapura oleh Sultan Brunei.
  • Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.
3) Sabah – Mat Salleh (Mohammad Salleh bin Datu Balu, berketurunan Suku       Sulu Paitan)
  • Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah telah dilakukan oleh pemimpin tempatan.
  • Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.
  • Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
  • Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh tetapi turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.
  • Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap penduduk tempatan.
  • Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan malah kampungnya telah diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort yang menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
  • Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
  • Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
  • Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.
  • Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.
  • Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.
4) Perak – Dato’ Maharaja Lela
  • Penguasaan British di Perak yang didalangi oleh J.W.W Birch telah mendapat tentangan daripada orang tempatan di bawah pimpinan Dato’ Maharaja Lela (Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud) yang merupakan pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra.
  • Penentangan di Perak ini dilakukan secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan.
  • Sebab penentangan penduduk tempatan Perak terhadap British ialah :
  1. Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.
  2. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.
  3. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.
  4. Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
  5. J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Tok Janggut Tokoh Tempatan Menentang British



Biodata Tok Janggut


Mayat Tok Janggut sedang digantung songsang